Saturday, August 28, 2010

Fasa Pertengahan Ramadhan....

Alhamdulillah... Ramadhan semakin ke penghujung.... 
Hari ni sudah malam ke 19 Ramadhan. Begitu cepat waktu meninggalkan kita. 
Alhamdulillah jika kita sedar. Tapi malang la bagi mereka yang masih terleka. 
Seperti yang kita maklum, bulan Ramadhan dimana 10 malam terawalnya ialah RAHMAT.. 
10 malam pertengahannya KEAMPUNAN.. dan 10 malam akhirnya PEMBEBASAN DARI NERAKA.

Alhamdulillah, kita masih sempat untuk merebut 10 malam pertengahan dimana malam untuk memohon keampuanan dari ALLAH MAHA PENGAMPUN...
Rasanya tidak layak bagi saya untuk mengulas panjang tentang Pengampunan ALLAH. Tapi suka saya disini untuk berkongsi satu tazkirah yang saya dengar baru-baru ini.. Sekadar perkongsian bersama sahabat dan teman..

Kita manusia tidak terlepas dari terpalit dosa..
Kita manusia lemah yang ada turun naiknya iman..
ada bolak baliknya hati.. ada nafsu tidak bermata hati..
Kita hamba yang rapuh dek kerana godaan dan hiburan duniawi..
Justeru itu, sentiasa la kita memohon keampunan dariNYA..
Tiada istilah terlambat dalam usaha kita mengejar keampuan Ilahi kecuali bila  nyawa terpisah jasad. Jangan kita menanti saat itu tiba kerana pada ketika itu kita benar2 sudah terlewat.. 

Dikesempatan bulan yang mulia ini, saya mgajak diri saya dan juga teman sama-samalah kita bersujud memohon pengampunan ALLAH.. Hanya ALLAH yang berhak mutlak mengampuni hamba2NYA.. 
Teringat pada satu hadis sahih riwayat Al-Bukhari yang berbunyi;
“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir.
Hampir kehausan membunuhnya. Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut.
Dia diampunkan disebabkan kejadian itu”

Subhanallah...Keampunan itu hak ALLAH. Lihat saja dari hadith tersebut. Manusia yang dipandang hina..yang dikeji..yang tidak pernah bersujud kepadanNYA tanpa kita sangka termasuk dalam golongan bertuah akhirnya. 
Betapa kasihnya ALLAH kepada makhluknya, betapa sayangnya ALLAH kepada hambanya.. Dikurniakan keampunan kepada insan yang dipandang hina oleh manusia lain.. Diberi ganjaran syurga kepada insan yang dipandang jelek pada pandangan mata kasar manusia lain. 

Kasih sayang ALLAH tidak berbatas.. apatah lagi jika kita sentiasa merayu memohon dariNYA..
ALLAH tidak pernah mensia2kan hambaNYA yang tidak berputus asa dalam mencari keampunan.. 
 
Ya Allah.. 
Begitu banyak dosaku terhadapMU.. 
Begitu angkuh aku berpijak dibumiMU...
Begitu sombong aku menghirup udaraMU..
Begitu rakus kami menerobos nikmat-nikmatMU..
Betapa kami riak menonjolkan kesenangan..
Memperdagangkan bayang-bayang kesempurnaan..
sedangkan kami tanpa silu berbuat dosa kepadaMU...
tanpa silu mengakui nikmatMU ialah hakku
ALLAH.... 
Aku malu untuk menghadapMU
Apa bekal bakal kupersembah padaMU
Aku malu diperlihatkan dosaku didunia pada satu waktu
Satu persatu ditayangkan padaku
Dimana suara-suara lantangku dulu
Kemana hujah-hujah rekaanku dulu
Aku sepi membisu.. lidah kelu menunggu azabMU


Nauzubillah ya ALLAH..
Aku tidak mahu itu akhirku
Aku tidak mahu diriku begitu
Aku hanya bersujud padaMU
 Aku bertaubat Ya Rabbi .....
ALLAH... terimalah taubatku

~penaHati~

No comments:

Post a Comment